Thursday, January 26, 2012

sharing is caring

jom semua! kita share kempen ni dengan kawan-kawan yang lain.. bila kita share dengan kawan-kawan yang lain, kita akan dpt reward tau! jom! tunggu apa lagi? :D


---->Be the first to share the latest news!

can you please respect my privacy?

aku ni agak kurang suka dengan orang yang suka menyelongkar inbox messages aku.. parents and family takpe.. aku tak kisah.. bila orang lain nak kepochi pasal aku.. memang tak lah kan?

okay.. first of all.. untuk pengguna Android, korang boleh download aplikasi GOSMS dekat market and install..

lepas tu, korang kena set kan setting dia tu..dekat bahagian services kalau tak silap..


korang boleh pilih either nak pilih numeric or pattern.. aku lebih prefer pattern :D


so far, aku okay je dengan application ni.. agak memuaskan.. hari tu pun abang aku mintak aku downloadkan and install theme and semua.. haih.. nak buek cam no? den ni kan adik dio.. hehehe.. dengan GOSMS ni pun korang boleh pilih theme untuk inbox korang tu. macam aku ni, aku minat dengan colour pink.. i kan girly girly sikit. hee~ ni antara contoh dia..





memang seronok pakai.. tapi korang kena make sure tekan butang exit. kalau tak tekan, bila korang try nak masuk inbox balik, password takkan keluar. dia akan terus ke inbox tanpa minta password..

sekian...


** picture credit to google.com

matrics life



normalkah ini? memang normal pun.. Ujian Pertengahan Semester dah dekat. nak nak lepas cuti semester lak tu.. memang tersangatlah dekat.

ni aku study physics dengan Syuk and Miss B. Kerel lak study Chemistry. yela.. orang tu tak ambil Physics kat matriks. tapi tak tau lah.. memang havoc kalau jumpa tapi study tetap study...

bertemu Kak Ain Maisarah :)

sekitar bulan lepas kot aku pergi Perpustakaan Raja Tun Uda dekat Shah Alam dengan family aku.. sebenarnya perpustakaan ni dekat je dengan rumah aku :DD best lah library ni sebab nampak moden and nyaman je rasa.. bila tengok permandangan dia, aku rasa tenang.. fuhh... nak pergi la esok... hee~

bila sampai sana kitaorang tak sangka dapat jumpa kak Ain Maisarah kat sana.. adik aku pulak duk busy belek-belek buku.. abang jual buku tu duk sibuk promote buku kat adik aku.. tapi dia angkat bendera putih bila dapat tau hampir semua koleksi buku Kak Ain kitaorang dah ada :DD









Sukaneka Blok A

hai semuaa... as you all know (KMNS-rian), blok A memang terkenal dengan aktiviti blok.. blok A ni memang rajin sikit buat aktiviti.. yelah.. duk matrik ni takkan nak belajar memanjang kan? kita kena cari inisiatif untuk release tension para pelajar. lagi-lagi dengan musim peperiksaan yang bakal menjelma dalam masa beberapa hari lagi.. wahh.. dah macam nak berdebat niee :D

okay, kali ni jadi tanggungjawab A4 untuk wat aktiviti sukaneka. sebelum ni ada aktiviti treasure hunt, cheerobics and lain-lain lagi..







larian mini kakom

hajat di hati ni nak berjalan-jalan je time larian ni. tapi, bila tengok semua bersemangat nak berlari, aku pun cekalkan hati and kuatkan semangat untuk lari. entahla.. tetiba je jadi hyper nak lari bagai..


she is mek a.k.a Icha


icha with mama


me with icha


agak-agak merah tak muka ni? wek!



agak-agak korang berat badan aku turun tak lepas lari ni? yela.. lepas berhempas pulas lari mesti aku nak berat badan aku turun kan? 

balik je bilik, aku terus mandi sebab ada rumors air akan takde lepas tu. ramai kawan aku nak balik lepas larian ni.. tapi aku tak balik pun sebab ada aktiviti blok :D


sampai je bilik, aku terus ambil tuala and mandi.. lepas tu, aku timbang berat badan.. korang tau tak.. berat badan aku tak turun langsung! haihh.. padahal lari 4 km dalam masa 30 minit. hehehe. nak buek cam no? lemak yang sukar dipecahkan.. hee~

okaylah.. daaa~

Losing Her :'(

we lost ajeera sebab dia ambil SPA. dia dapat course nursing dekat HSB.. memang sedih sebab dia selalu usik kitaorang. selalu usik abang bonch ;)

persediaan farewell party


lepas kitaorang tau je jeera nak keluar esok harinya, kitaorang terus gathering. mr twin, ryan mesej suruh get ready nak beli barang-barang nak buat suprise party untuk jeera..

after beli makanan and tempah kek semua, kitaorang duduk dekat astaka and tulis ucapan...










it's party time

part ni yang best ni.. semua orang bangun and buat ucapan.. main sapu-sapu kek kat muka. kimi! dia tonyoh kek kat muka aku.. tapi jeera lah kesian.. terjatuh sampai kepala kenan kerusi.. ouch!! rindu time kita semua still sama-sama..













kita still one family kan? takkan jadi macam pepatah, patah tumbuh hilang berganti.. sebab kita satu family..



Zombieeee no more ^^

salam...

baru je balik dari MCD Puncak Alam nu haaa... wahhh.. manyak penat uhh.. hee~ asalnya nak study kek sano dongan Miss B.. tetibe terjadi REUNION plak kat sana... sampai je kat MCD tu.. duk tengah pilih tempat duduk, tetibe Miss B cakap, " Eh... tu bukan GD and Shikin ke? " aku pun macam WHAT? haihh... dating tak ajak kami ye ;D hekhek

aku dengan B tak nak la kacau diaorang. just nak call and usik shikin je, tetibe Syukri and Kerel sampai.. mula-mula Syuk tak perasan tapi Kerel dah nampak diaorang duluu.. nak tak nak kitaorang masuk dalam and bersembang  bagai nak rak kat sana.. 

Dah lama tak jumpa banyak benda yang kitaorang cerita.. tapi biasanya kalau ex 5 Kejora berjumpa memang riuh rendah :'( tetiba teringat kenangan dulu. seriously.. aku nak nangis tadi.. kan best kalau dapat jumpa semua kawan-kawan 5 Kejora... kan?





bukan nak cakap apa.. maybe orang akan cakap aku ni nampak fake or takde identiti sendiri.. tapi mereka lebih mengenali aku. family and mereka lebih mengenali aku.. lepas jumpa diaorang aku dapat rasa zombie yang menyelebungi aku dah hilang. 

diaorang tak kisah aku siapa and aku pun selese dengan diaorang..

terima kasih kawan-kawan sebab terima aku seadanya..


rindu korang :'(  big time ~

Monday, January 16, 2012

kan bagus kalau...

kan bagus kalau tuan pengarah announce yang kitaorang boleh balik seminggu awal.. syoknya kalau dapat balik awal.......... boleh lah.. boleh lah tuan pengarah...

gediknya.. anak sape la nie ^^ hehe

rupa-rupanya ada paip pecah area senaling. matrik kitaorang terkena tempias dia sekali.. hmm.. takpela. layan je la....

Merantau mencari air

awal tak aku bangun? ^^

well, hari ni dah masuk berapa hari dah takde air kat sini. kalau ada pun memang ciput je air tu. air dalam tangki tadah air kat bawah pun dah habis. nak tak nak kena bangun awal mandi dekat dewan kuliah.

tadi aku bangun pun dalam pukul 6.00 pagi. tu pun roommate aku semua kejutkan aku. kalau tak memang den tak mandi la pagi ni..

dengan muka mamai. aku follow la diaorang buat ekspedisi cari air. toilet dekat DK penuh kot. dengan-dengan toilet cikgu pun penuh. so, kitaorang pun berjalan sampai ke DSG(dewan serbaguna). kat situ pun ramai gak orang. nak tak nak kitaorang berjalan lagi and mandi dekat toilet DB(dewan banquet). 

aku fikir gak esok nak mandi kek mano laie.. dah lotih ni... 

**pengarah cakap " tu la.. sape suh pilih Kuala Pilah.. lain kali pilih tempat yang ada air "

Monday, December 12, 2011

not enough

heyy.. i know it's not enough for you guys. sorrylah sebab dah menghampakan korang. frust lah! aku still terbawa-bawa lagi sampai sekarang. maybe orang lain akan cakap aku patut bersyukur dengan apa yang aku ada. but still, aku dah hampakan orang-orang yang aku sayang. i'm sorry :')

Thursday, November 17, 2011

Yes I am :)

hai..

malam ni aku terasa nak menaip :D so? hehehe. before masuk kolej untuk sem dua, aku nak tulis entry banyak-banyak dulu. baru lengkap sikit putaran hidup aku. kalau tak.. haihh... dah lah line internet kat sana agak menyakitkan jantung, hati and sebagainya.

oh ye.. sepanjang cuti ni.. aku suka layan youtube. pagi bangun tidur, right after Subuh, aku capai handphone and buka youtube. bukan apa, aku suka layan video matluthfi :D hee~ suka sangat tengok video dia. cara penyampaian dia tu agak best sebab ada mesej dia yang tersendiri.

well, aku maybe tak pandai ber'vlogging', tapi aku hanya tau spill story aku kat blog. ni je yang aku reti. yang mana aku tak sempat post, maybe aku simpan dulu buat ikan pekasam dalam hati. after that baru post. senang je. kalau lupa, memang tak ber'update' la blog aku ni.

okaylah, kena gi dulu. byebye.


4 years already :')

hai hai semua.



diaorang semua kawan rapat aku :') ada yang aku kenal dah dekat 4 tahun and ada baru aku kenal. tapi kan, kitaorang semua dah makin jauh. semua dah follow haluan masing-masing.

aku nak cakap pasal one of my bff.. he was my bestfriend. he WAS. kitaorang dah tak cakap almost one year. well, i miss him so much. maybe dia still marah kat aku :') aku dah minta maaf kat dia. tapi nak buat macam mana kan? nak tak nak kena follow him gak. aku sedih sebab kitaorang dah kenal lama. lagi lama before dia kenal kawan-kawan dia yang baru tu.

aku just nak dia tau yang aku still sayang kat dia. still anggap dia my closest friend :) aku hanya boleh doakan dia yang terbaik. well, dah setahun tak bercakap. dahsyatkan kitaorang? by the way, rindu kau yang dulu :)